Saturday, 10 August 2013

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Sebelum tu, syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadan dan sekarang sedang mengharungi 1 lagi bulan istimewa dalam Islam iaitu Syawal. Hari ini adalah hari ke-3 umat Islam seluruh dunia menyambut hari kemenangan. Jadi rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MINAL AIDIL WALFAIZIN :) Walaupun sekarang umur dah makin meningkatkan, dulu berbaju gaun sekarang berbaju kurung. Dulu menyilang beg barbie, sekarang membimbit beg tangan. Dulu bertocang dua, sekarang bertudung. Tetapi sampul duit raya masih dihulurkan lagi. Alhamdulillah masih dapat income raya tahun ni.hehe. Mak asyik cakap, "Dah macam mak orang pun masih dapat duit raya." inilah namanya, rezeki jangan ditolak, rezeki jangan dicari. Tak gitu? Hmm, raya tahun ni jugak macam-macam yang terjadi. Pertama sekali,,, *angkat jari telunjuk Hari Jadi aku jatuh pada hari raya pertama. Nak kata aku tak suka or benci tu taklah sebab ramai yang cakap UNTUNGLAH bornday jatuh waktu raya pertama.Tapi yang penting tahun ni aku sambut hari jadi 2 kali. Actually, memang setiap tahun sambut birthday 2 kali. okay. Yang kedua... *tunjuk peace Kereta ayah accident semalam waktu tengah konvoi raya. Memang pengalaman yang tak dapat aku satu family lupakan. Bukan family aku je, tapi family besar sebelah mak sebab terpaksa batalkan konvoi tu. Kitaorang hanya sempat beraya 5 rumah. Tu pun tak sempat keluar dari Pontian. SadRaya :'( Yng ketiga... *angkat 3 jari Naik cuti raya ni semua batch 96' kena hadap TRIAL! *gigit jari Yang keempat...dah dah! Ada 3 je. Jangan nak tambah banyak-banyak. Huh~ okaylah. Aku rasa cukuplah sampai sini. Nanti bila-bila blog ni akan diupdate lagi. Mungkin lepas trial. Atau mungkin lepas SPM. wuu~ hehe. Baiklah. Fi hifzillah, Anti,Anta :) Wassalam